Akaun TikTok @terdalam berkongsi kisah tentang seorang rider Grab yang buntu apabila penumpangnya hilang secara tiba-tiba di kawasan perkuburan.
Mendapat tontonan sehingga 8.7 juta, ramai yang seram dan tidak kurang berasa lucu melihat ragam rider Gojek (Grab) tersebut setelah tidak berpuas hati penumpangnya hilang tanpa membuat pembayaran.
@terdalam_ SAYA JANJI KALO RAME BAKAL LANJUT… #LazadaGetLow #jalanbuntu #viralditiktok #ceoofjalanbuntu #semuaharustau
Pada video pertama, lelaki berkenaan cuba menegur rider tersebut namun tidak diendahkan. Menerusi kapsyen video, dia menjelaskan rider itu menunggang motor secara perlahan namun tidak mendengar teriakannya.
Selepas 15 minit menunggu barulah dia melihat abang Gojek berkenaan semula dan menegur rider tersebut yang dalam keadaan ‘blur’ dan pandangannya kosong.
“Penumpang saya mana pak?,” tanya rider itu.
@terdalam_ Balas @papah_0nline KALIAN MASIH MAU LIHAT DIA KEJANG-KEJANG ? #viralditiktok #jalanbuntu #semuaharustau #ceoofjalanbuntu #pinjol
Lelaki berkenaan menjelaskan dia tidak melihat rider itu membawa penumpang ketika lalu di depan rumahnya. Bagi meredakan keadaan dia mengajak penunggang itu minum dahulu namun tiba-tiba dia berpatah semula.
Rupanya pada video ketiga rider itu seolah melihat semula penumpangnya di hujung jalan. Kemudian pemilik akaun TikTok bersama rakannya menuju ke tanah kubur untuk melihat keadaan rider tersebut bimbang dibawa ke alam jin.
Dia juga memujuk abang Gojek agar tidak melayan usikan ‘hantu’ berkenaan dan mengajaknya pulang. Boleh dilihat pada video keempat abang Gojek begitu marah kerana dipermainkan.
@terdalam_ Balas @radin.1209 JANGAN NONGTON AJA DI POLLOW DONG KAKAK 😁 #viralditiktok #jalanbuntu #ciptakankebaikan #ceoofjalanbuntu #semuaharustau
Dia menjelaskan membawa penumpang perempuan berpakaian pejabat.
“Dia pakai rok coklat dan saya mana tahu kuburan di sana. Saya tidak pakai maps, diarahin sama dia ke sini selepas nyampe eh dia hilang.
“Ngak ada kerjaan, yang penting bayar!,” katanya marah yang sudah menunggang jauh malah rugi.
Akaun TikTok @terdalam sering berkongsi kisah pengguna yang melalui jalan rumahnya kerana kebanyakan orang luar tidak tahu di hujung merupakan jalan mati tanah perkuburan.
Jadi lelaki itu menjadikan kisah berkenaan sebagai konten media sosial miliknya dengan mengajak mereka berbual atau memaklumkan bahawa jalan mati di bahagian depan.
VIDEO PENUH
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar