Trak muatan kondom bernilai RM300k dibawa lari perompak

1559

Sebuah trak membawa muatan barangan seks termasuk Skyn kondom bernilai AS72,000 (RM299,196) dibawa lari perompak di Ontario, Kanada.

Trak tersebut dibawa lari dari ruangan parkir pada jam 5.30 pagi di bandar Zorra. Anggota polis Wilayah Ontario yang bertindak balas terhadap kecurian tersebut mendapati sebuah trak telah hilang di kawasan luar bandar terbabit.



Selain kehilangan trak, beberapa kenderaan di kawasan parkir tersebut turut rosak. Bahkan pihak polis turut menemui pagar rosak yang menjadi laluan pencuri berkenaan. 

BACA>>[Video] “Lori apa paling sedap?” Pakcik lori punya reviu buat netizen terhibur

Polis tidak pasti sama ada pencuri memilih treler secara rawak, atau menyasarkan muatan spesifik. 

Pihak berkuasa juga masih belum mengenalpasti jumlah suspek yang terlibat dan buat masa ini polis sedang mengesan sekurang-kurangnya dua suspek dan meneliti rakaman kamera pengawasan selain menggesa orang ramai untuk tampil ke depan jika mereka mempunyai sebarang maklumat.

Kecurian berlaku apabila nilai kondom dan jenama kesihatan seksual terus meningkat. Statistik menganggarkan bahawa pasaran kondom global akan bernilai lebih AS11 bilion (RM45 bilion) dalam tempoh dua tahun akan datang.

 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here