Perodua mengumumkan pembukaan tempahan Myvi versi naik taraf (facelift) yang bakal didatangkan dengan ciri keselamatan dipertingkatkan, penjimatan bahan api lebih baik, penampilan baharu yang ‘sporty’ serta warna baharu.
Berikut 5 informasi ringkas pembaharuan Myvi Facelift:
TRANSMISI AUTOMATIK
Perodua menjelaskan kesemua varian yang terdiri daripada 1.5L AV (Advance), 1.5L H, varian 1.5L X serta dua varian 1.3L G didatangkan dengan transmisi automatik. Ini bermakna pilihan transmisi pada varian 1.3L G bakal ditamatkan.
BACA>>Wajah baharu Perodua Myvi 2022 facelift terdedah ketika penggambaran iklan
CIRI KESELAMATAN PSDA:
Selain itu, ciri keselamatan Perodua Smart Drive Assist (PSDA) ditawarkan pada kesemua varian AV, H dan X termasuklah salah satu daripada varian G buat pertama kalinya.
Sistem berkenaan direka dengan mengutamakan keselamatan pemandu dan pejalan kaki. Difahamkan, PSDA Myvi facelift akan didatangkan dengan ciri keselamatan sama seperti Perodua Ativa termasuklah:
- Lane Departure Warning dengan bantuan stereng
- Pemantauan titik buta
- Kawalan Kruise Adaptif
- Lampu depan adaptif dengan lampu tinggi automatik
- Amaran trafik belakang
BAHAN API LEBIH BAIK:
Perodua tidak memberi petunjuk tentang penggunaan transmisi CVT baharu bagi menggantikan transmisi 4-kelajuan automatik sedia ada, namun pengeluar kenderaan nasional kedua itu menjelaskan rekod bahan api Myvi facelift lebih baik.
Di atas kertas, varian 1.3L menawarkan kecekapan bahan api sebanyak 22.2km/l berbanding 21.1km/l sebelumnya.
BACA>>Perodua Ativa dilancar! Ini 10 perkara anda wajib tahu
WARNA BAHARU:
Perodua Myvi facelift didatangkan dengan pilihan warna baharu iaitu:
- Cranberry Red (varian AV sahaja)
- Ivory White, Glittering Silver, Lava Red (tidak tersedia untuk AV)
- Granite Grey
- Electric Blue
HARGA:
Anggaran harga Myvi facelift adalah antara RM45,700 hingga RM58,800 (untuk Semenanjung Malaysia dan tanpa insurans).