Hafizh Syahrin Abdullah yang mengesahkan akan meninggalkan kejohanan dunia, MotoGP akhir musim ini terus bergelut dengan prestasi di perlumbaan Grand Prix (GP) Algarve.
BACA>>Tidak serasi dengan motor dan gagal bawa tajaan wang tunai, Hafizh Syahrin tinggalkan MotoGP
Hafizh sebelum ini mengakui kecewa dengan prestasi sendiri, kerana kurang serasi dengan jentera untuk mendapatkan tunggangan terbaik bahkan sekali lagi berdepan masalah tayar.
Hafizh mengakui kesilapannya serta pasukan dalam pemilihan jenis tayar dan terpaksa dibayar dengan harga tinggi apabila menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-18.
Selepas mempamerkan tunggangan meyakinkan ketika sesi kelayakan yang menyaksikan dia bermula di petak ke-16, pelumba pasukan NTS RW Racing GP itu gagal mengekalkan momentum pada perlumbaan sebenar.
“Pada perlumbaan di GP Algarve, kami mempertaruhkan pemilihan tayar kerana keadaan suhu trek kekal di antara penggunaan tayar jenis lembut atau sederhana.
“Bagaimanapun, pada akhirnya saya dan kru membuat keputusan yang salah kerana menggunakan tayar jenis lembut pada perlumbaan tersebut,” kata Hafizh.
Selepas mengharungi 17 pusingan perlumbaan, Hafizh kini menduduki tangga ke-28 keseluruhan dengan lapan mata.
Bagaimanapun, Hafizh mempunyai peluang terakhir untuk mengutip mata pada pusingan terakhir musim ini di GP Valencia, 14 November ini sebelum mengucapkan selamat tinggal pada MotoGP.
BACA>>Hafiz Syahrin beri bayangan bersara?, bakal umum sesuatu bila tiba masanya
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar