Baru-baru ini, Indonesia dikejutkan dengan berita kemalangan tragis sehingga meragut nyawa pelakon Vanessa Angel dan suaminya Bibi Andriansyah di plaza tol Nganjuk, Surabaya.
Bagaimanapun, satu video yang dimuatnaik akaun TikTok @anakteknikindoi dengan kapsyen “Belajar dari kejadian kecelakaan Vanessa dan Bibi. Jalan tol di Indonesia tidak aman,” mencapai sehingga 17 juta tontonan dan 1.9 juta tanda suka.
Bahkan video berkenaan turut dikongsi beberapa akaun media sosial yang lain sehingga tular dan menimbulkan perdebatan. Pada video tersebut dijelaskan dua sebab jalan tol atau lebuh raya di Indonesia dikatakan tidak selamat.
BACA>>Takut abang ni kena langgar, gadis baik hati tolong kutip serpihan kaca di tengah lebuh raya
BAHAN KONKRIT
Pertama jalan tol di Indonesia menggunakan material beton iaitu konkrit. Jika Malaysia menggunakan tar, negara jiran menggunakan bahan konkrit yang membuatkan daya cengkaman tayar pada jalan tidak kuat dan mudah tergelincir.
“Faktor pertama adalah jalan tol di Indonesia menggunakan jalan beton yang sebenarnya akan menjadi berbahaya kerana tidak mempunyai daya cengkaman antara ban (tayar) mobil dengan permukaan keras jalan.
“Akibatnya mobil akan mudah tergelincir dan meluncur jauh sebelum berhenti. Itulah mengapa banyak kita jumpai kes mobil menabrak (langgar) trak atau mobil lain yang ada di depannya,” kata akuan tersebut.
PEMBAHAGI JALAN BATU KONKRIT
Keduanya pembahagi jalan yang turut menggunakan batu konkrit sedangkan di negara lain sudah menggunakan rumput.
BACA>>Ini 6 cara selamat untuk jump-start kereta
“Faktor kedua, adanya pembatas dinding beton di tengah jalan yang tebal dan kokoh. Niatnya sih buat perlindungan, tapi nyatanya malah sering banget berakibat fatal,” jelas akaun tersebut.
Tambahnya, pemasangan rumput sebagai pembahagi jalan tol adalah demi keselamatan dan perlu mengikut saiz lebar dan landai yang ditetapkan.
“Seharusnya, jalan tol yang aman (selamat) di tengahnya harus berupa rumput dengan lebar minimal 2.5 meter dengan kelandaian 5 persen,” katanya.
Fungsi rumput berkenaan bagi menghentikan kelajuan kereta dengan mudah sekiranya kenderaan terbabas disebabkan mengantuk atau tayar pecah serta kenderaan tidak akan terbabas pada jarak jauh.
“Nah jadi kalau ada sopir yang mengantuk atau pecah ban, mobil akan berhenti dengan selamat di rumput yang landai. Sekali lagi ingat, jalan tol di Indonesia adalah jalan yang tidak aman,” tegas akaun TikTok @anakteknikindoi.
Hasil analisis video itu mendapatkan perhatian luas netizen Indonesia sehingga melontarkan pelbagai pendapat, ada bersetuju dan sebaliknya.
View this post on Instagram
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar