HLYM perkenal skuter baharu Yamaha Ego Gear, harga RM5k

3371

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) rasmi memperkenalkan skuter baharu ke pasaran tempatan Yamaha Ego Gear pada harga cadangan RM 5,418.62.

Yamaha Ego Gear dijana oleh enjin 125cc silinder tunggal, 4-lejang SOHC BlueCore yang menghasilkan kuasa 9.4hp @ 8,000rpm dan tork 9.6Nm @ 5,500rpm.

Enjin dengan teknologi Smart Motor Generator (SMG) itu dipadankan dengan transmisi automatik bersama mod Eco dan sistem start dan stop bagi menawarkan kecekapan bahan api.



Berikut ciri peralatan terkini yang ditawarkan pada skuter tersebut:

  • Rekaan lampu depan dengan ciri LED
  • Lampu kecemasan 
  • Soket pengecas USB pada ruangan simpanan depan
  • Panel meter analog multi-fungsi
  • Lantai depan anti gelincir yang lebih lebar 
  • Tempat letak kaki penumpang belakang mesra kanak-kanak

Pengganti skuter Solariz ini didatangkan dengan saiz tangki minyak 4.2 liter yang sesuai untuk tunggangan harian bersama tinggi pelana 750mm.

Skuter dengat berat 9.5kg itu dilengkapi dengan suspensi teleSkopik (depan) dan lengan buai (belakang). Kecekapan membrek diserahkan kepada brek cakera tunggal hidraulik di depan dan gelendong (belakang). 

Dari segi dimensi Yamaha Ego Gear memiliki panjang 1,870mm bersama lebar (685mm), tinggi (1,060mm) dan jarak roda (1,260mm).

Yamaha Ego Gear didatangkan dengan grafik dan warna badan lebih trendy iaitu perak, merah dan biru serta boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha bermula pertengahan November ini.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here