Bagus sangatke motor dengan lampu LED? Ini jawapannya…

1847

Sejak kebelakangan ini ada beberapa pengeluar motosikal memilih untuk memasang lampu utama LED pada produk motosikal masing-masing.

Selain kelihatan menarik, lampu utama LED ada beberapa kelebihan berbanding mentol halogen.

Ini adalah 5 kelebihan lampu LED berbanding mentol halogen:



1. Tahan lebih lama
Lampu LED terbukti memiliki daya ketahanan lebih lama disebabkan oleh penggunaan aliran kuasa rendah. Sebahagian besar motosikal yang menggunakan lampu utama LED adalah jenis dilengkapi sistem aliran kuasa langsung (DC) sepenuhnya. Ini kerana lampu LED memerlukan sumber bekalan elektrik yang stabil.

2. Kurang penjagaan
Lampu LED mempunyai jangka hayat lebih lama dan jarang sekali perlu digantikan diodnya. Ia tidak sama dengan mentol halogen yang mempunyai filamen yang dikenali dengan sifat mudah terbakar atau terputus.

3. Lampu LED lebih terang
Pancaran cahaya yang dipantulkan oleh lampu utama LED adalah lebih terang dan mempunyai jarak capaian lebih jauh. Ini dibantu oleh arus yang stabil disebabkan penggunaan sistem DC. Sistem ini berbeza dengan AC kerana arus kuasa AC bergantung kepada kelajuan motosikal.

4. Pancaran lebih tertumpu
Selain menawarkan pencahayaan lebih terang, lampu LED juga memberikan pancaran lebih tertumpu atau berfokus berbanding mentol halogen. Pancaran lampu LED tidak tersebar ke atas atau tersasar ke laluan bertentangan.

5. Lampu LED lebih efisyen
Perbezaan paling utama antara lampu LED dan halogen ialah kadar keefisyenan. Lampu LED menggunakan sumber elektrik kuasa rendah dan ini menyebabkan ia lambat menjadi panas. Ini membantu mengurangkan kepanasan yang menyebabkan perumah dan pemantul lampu menjadi pudar atau cair.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here