#TahukahAnda: Jangan terkejut, banyak ini rupanya penggunaan minyak Bugatti Chiron

18746

Ramai sedia tahu tentang kehebatan Bugatti Chiron setelah menggunakan enjin W16 berkapasiti 8 liter.

Kuasa yang dibekalkan daripada enjin itu disalurkan ke transmisi klac-berkembar tujuh kelajuan menerusi output 1,500ps dan tork setinggi 1,600Nm.

Kehebatannya turut terserlah apabila ia mampu memecut sehingga 450kmj.



Bagaimanapun jentera supercar itu hanya dihasilkan sehingga 500 unit sahaja yang mana difahamkan dijual pada harga Euro2.4 juta (RM11.38 juta).

Namun ramai yang tidak mengetahui tahap penggunaan bahan api bagi jentera itu dan fakta ini mungkin mengejutkan anda.

Mengikut data sumber rasmi kerajaan bagi maklumat bahan bakar Amerika Syarikat menerusi laman sesawang www.fueleconomy.gov.

Ia mengatakan Bugatti Chiron menggunakan 52 liter bagi setiap 160km untuk pemanduan di lebuh raya. Lebih kurang 3km menggunakan satu liter bahan api. 

Bagi tahap penggunaan di kawasan bandar pula, ia mencatatkan 34 liter bagi 160km. Sementara itu, pemanduan bercampur antara bandar dan lebuh raya pula menawarkan rekod penggunaan bahan api 41 liter bagi 160km. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here