Baru-baru ini, pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim menganjurkan majlis makan malam di kediamannya di Kuala Lumpur.
Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli menghadiri majlis santapan berkenaan dan lebih menarik perhatian kehadiran Baginda menaiki Honda N Box comel berwarna hitam.
Menerusi perkongsian akaun Instagram story Rizalman menunjukkan ketibaan Baginda diiringi polis pengiring di depan rumahnya.
“Mesti dok bayangkan polis, rider semua akan iringkan gheta macam rolls royce panjang akan muncoikan..??
“Sekali Tuanku bawak keta kontot Nbox Honda mcm aku punya tu ja, sebab nak samakan dengan tuan ghumah.
“Tapi ofkoslah, plet gheta Tuanku, plet kuning,” jelasnya menerusi kapsyen pada video.
Untuk makluman, Rizalman juga memiliki sebuah Honda N Box yang dibeli sekitar tahun lalu. Honda N Box merupakan model kereta kei terlaris di Jepun yang ditawarkan dalam dua varian iaitu standard dan N-Box Custom.
N-Box generasi kedua diperkenalkan pada 2017 dan dikuasakan oleh enjin baharu bersesaran 660cc yang mampu menjana kuasa 57hp dan tork 65Nm. Bagi mereka yang mahukan lebih kuasa, enjin turbo ada ditawarkan.
Kemudian ia dipadankan dengan kotak gear CVT, bersama pilihan pacuan roda depan atau semua roda.
Masih mengekalkan rekaan berkotak model tersebut menawarkan ruang kabin lebih luas. Di Malaysia Honda N Box dijual oleh pemegang AP pada harga antara RM90,000 hingga RM125,000.
VIDEO
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar