Mangsa: Kereta masuk longkang sebab silau lampu HID!

2162

Sistem pencahayaan pada kenderaan berevolusi dari masa ke semasa dan seperti mana kita boleh lihat dari halogen kini pengeluar kenderaan perlahan-lahan beralih kepada  lampu jenis LED dan High-Intesity Discharge (HID).

Lampu HID menghasilkan cahaya putih yang lebih cerah yang mana tidak menggunakan filament tetapi menggunakan gas xenon.



Namun, pilihan produk selepas pasaran menggantikan lampu standard HID yang dipasang pengilang sebenarnya boleh membahayakan pengguna. 

Dalam United Nation Regulations 48 (UNR48) berkaitan lampu kenderaan, lampu depan hanya boleh menggunakan kadar pancaran cahaya 4,300K maksimum. Bagaimanapun, di pasaran ada lampu HID yang mencecah hingga 16,000K.

Situasi ini boleh membahayakan pengguna jalan raya lain kerana menyilaukan mata. Seperti mana yang berlaku pada Khairil Anuar, 33 baru-baru ini menurut laporan Sinar Harian. 

Mangsa menjelaskan dia terlibat dalam kemalangan jalan raya disebabkan lampu HID ketika hendak pulang ke kampung.

“Saya memandu seperti biasa dan lebih hati-hati kerana jalan raya di kampung agak sempit dan kebetulan kereta arah bertentangan menggunakan lampu HID menyebabkan saya terbabas.

“Lampu kenderaan tersebut mengganggu penglihatan saya yang ketika itu berada di selekoh dan tidak dapat mengawal kenderaan menyebabkan tayar kereta pecah,” katanya.

Seorang lagi mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nor, 29, berkata, dia pernah mengalami kemalangan melibatkan lampu HID ketika perjalanan pulang ke rumah.  

“Kemalangan berlaku ketika hujan dan kereta dari arah bertentangan membuka lampu tinggi membuatkan penglihatan saya menjadi silau dan terbabas ke longkang di bahu jalan,” jelasnya.

BOLEH BUAT ADUAN KE JPJ

Buat makluman anda, sebenarnya pemasangan lampu HID secara aksesori (retrofit) tidak dibenarkan kecuali penukaran keseluruhan sistem lampu tersebut dengan mendapat akreditasi daripada badan yang diberi kuasa seperti Sirim.

Selain itu, penggunaan, pemasangan, spesifikasi dan sistem lampu HID tersebut hendaklah mematuhi peraturan UNECE 48, UNECE 98 dan UNECE 99.

Penguatkuasaan terhadap kenderaan yang menggunakan lampu HID yang dipasang secara aksesori boleh diambil tindakan dibawah Kaedah 94, Kaedah-kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan dan Kegunaan) 1959.

Jika kenderaan bermotor yang digunakan di atas jalan raya dan semua bahagian dan aksesorinya hendaklah tidak atau mungkin mengakibatkan merbahaya pada orang dalam kenderaan atau di jalan raya.

Sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan di bawah seksyen 119(1) APJ 1987. 

Pihak JPJ mula mengeluarkan saman terhadap kenderaan yang mengubahsuai atau memasang lampu HID secara aksesori (retrofit) sekitar Disember 2008 dan pemandu diberi masa selama 10 hari untuk menukar semula ke lampu asal. 

Sebenarnya pengguna yang melihat kesalahan tersebut boleh membuat aduan terus melalui emel aduantrafik@jpj.gov.my. Jika boleh nyatakan maklumat berkaitan dengan gambar.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here