Malaysia sering terlibat konflik dengan Indonesia berkaitan klaim budaya. Hal ini sentiasa mencetuskan perdebatan panas antara netizen Malaysia dan Indonesia.
Terbaru, isu wayang kulit yang mana akaun Instagram Adidas menyebut ia merupakan warisan budaya Malaysia. Akibatnya, warga maya menyerbu akaun tersebut menyatakan wayang kulit berasal dari Indonesia.
Dan..kita seperti biasa sentiasa kool kerana sudah sedia maklum dengan tingkah ‘koyak’ netizen negara jiran itu. Bahkan itu bukan kali pertama, sebelum ini Batik dan lagu Rasa Sayang juga didakwa milik mereka.
Baru-baru ini, tulisan Terima Kasih Vale! pada motor Valentino Rossi pula bikin heboh dalam kalangan rakyat Indonesia.
Mereka mendakwa tambahan tulisan kecil pada motor Rossi ketika perlumbaan terakhir pelumba legenda itu berasal dari Indonesia dan mencetuskan perbincangan ramai.
“Terima Kasih Vale” merupakan terjemahan langsung dari bahasa Itali Grazie Vale yang menjadi slogan perpisahan pelumba The Doctor tersebut.
Tulisan warna kuning yang disematkan pada sisi belakang jentera Yamaha YZR-M1 itu dikongsi oleh akaun Twitter @sepangracing.
Setelah diselidiki perkataan tersebut daripada Petronas Yamaha SRT sebagai ucapan terima kasih kepada pelumba senior itu yang membawa nama pasukan lebih jauh.
Bukannya individu mahupun penaja dari Indonesia seperti mana anggapan netizen negara jiran itu. Sebelum ingin klaim seharusnya mereka sudah tahu Petronas Yamaha SRT berasal dari Malaysia.
Bagaimanapun, kita sentiasa chill kerana Malaysia dan Indonesia adalah serumpun dan memiliki banyak persamaan dalam kosa kata. Tidak menggelabah semua ingin dituntut. Namun sebelum heboh, selidiki dahulu!, takkanlah semua hendak diklaim..kan dah malu sendiri!.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar