Setiap negara mempunyai undang-undang penguatkuasaan yang berbeza. Jalan raya di Belanda paling padat di dunia sehinggakan kerajaan perkenalkan undang-undang jalan raya yang pelik serta memiliki sistem cukai yang rumit.
Ia juga disebabkan sumber pendapatan utama kerajaan adalah cukai. Sepertimana satu perkongsian akaun Twitter @ZZulkifli ini yang mengatakan pengguna jalan raya tidak dikenakan bayaran tol tetapi pemilik kereta perlu membayar cukai jalan sekitar €100 (RM473.12) setiap bulan.
Bagaimanapun harga berkenaan bergantung kepada jenis kereta sama ada kenderaan elektrik (EV), diesel atau petrol serta berat kenderaan.
Menurutnya kos insurans kereta juga menawarkan pelbagai jenis pelan yang mengikut kepada jenis perlindungan. Bagi first party atau dinamakan insurans komprehensif bayaran adalah sekitar €20 (RM 142.07) hingga €100 (RM473.58) setiap bulan.
Selain itu, dikatakan kos parkir kenderaan juga terlalu mahal khususnya di bandar utama seperti Amsterdam boleh mencecah €100 (RM852.44) untuk sehari, sehinggakan kebanyakan syarikat membenarkan pekerja mereka untuk bekerja di rumah.
Here in dutch land, no tolls for highway, But you have to pay roadtax everymonth on average €100 (bergantung kpd jenis kereta, ev, diesel atau petrol, berat etc).
Train intercity mahal. Bas tak banyak. Sama drive pergi kerja atau kayuh basikal. pic.twitter.com/zpXDNE6wMa
— ZaYeD ZulFikLi (@ZZulfikli) November 17, 2021
Zayed juga menjelaskan walaupun gaji minimum di Belanda sekitar €1,600 (RM7577.28), rakyat masih perlu membayar harga minyak dengan cukai bahkan tiket kereta api juga agak mahal dan perkhidmatan bas yang terhad.
Ini contoh naik train intercity di Netherlands. Perjalanan 30 minit. Harga tiket €10 sehala. Kita naik lrt dari subang jaya ke KLCC berapa harga tiket?
Dlm train ada wifi, boleh bawak basikal, ada tandas, ada 1st class 2nd class (takde beza pun tempat duduk) tapi harga mahal. pic.twitter.com/MAF3JPf7V3
— ZaYeD ZulFikLi (@ZZulfikli) November 18, 2021
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar