Sedap ker tak Honda City Hatchback 1.5 liter DOHC i-VTEC ini? Ini ulasan kami…

3127

Artikel sebelum ini, Motoqar.com menyiarkan secara ringkas tanggapan pertama berhubung pemanduan Honda City Hatcback RS yang diuji di Litar Antarabangsa Sepang baru-baru ini.

Klik pautan di bawah untuk mengetahui Honda City Hatcback RS:



Namun artikel kali ini pula, kami mahu berkongsi pula tanggapan pertama menguji Honda City Hatcback yang menggunakan enjin 1.5 liter DOHC i‑VTEC. 

Untuk makluman anda, enjin ini adalah sama dengan Honda City sedan baharu yang dilancarkan pada tahun lalu. Ia menggunakan enjin berteknologi baharu yang ditawarkan oleh Honda selepas menggantikan sistem SOHC kepada DOHC.

Ia menyalurkan 121PS pada 6,600rpm dan tork setinggi 145Nm pada 4,300rpm, selain kuasa itu disalurkan ke kotak gear CVT. 

Apa yang boleh dijelaskan, keupayaan enjin itu sudah cukup memadai untuk pemanduan harian, rasanya cukup lancar dan nyaman. Pecutan untuk 0-90km/j, penulis agak rasa kenderaan ini rasa ringan dan sangat cepat untuk capai kelajuan itu.

Bagaimanapun, jika mahu dibandingkan dengan model City Hatchback RS yang menggunakan enjin hibrid i-MMD, City Hatchback biasa itu tidak boleh menandinginya pada pecutan pada peringkat awal.

Pengendalian Dan Kedapan Bunyi

Memandangkan pandu uji itu dilakukan di Litar Antarabangsa Sepang, ini adalah masa yang sesuai untuk menguji keupayaan City Hatchback.

Untuk makluman, pandu uji ini dibuat seolah-olah seperti memandu di jalan raya biasa dan bukannya untuk berlumba atau uji masa kepantasan. 

Ketika melayan selekoh, ternyata terlalu senang untuk mengendalikan jentera ini. Ketika pusing stereng dan olengan dari kenderaan, penulis rasa ia sangat stabil dan tidak terlalu membuang.

Stereng berkuasa elektrik (EPS) yang digunakan ternyata rasa ringan dan memudahkan penulis untuk mengawal jentera hatchback ini.

Jika mahu dibandingkan, penulis rasa City Hatchback RS memberi pengendalian lebih tajam dan tepat sedikit berbanding model ini. 

Berbalik kepada segi kedapan bunyi, ini pembaharuan yang sepatutnya diberikan pujian kepada Honda untuk model baharunya.

Berbanding model sebelum ini, terutama untuk Jazz dan City, kedapan bunyi boleh dikatakan sedikit bising, tetapi tidak bagi model City sedan dan hatchback baharu.

Bunyi yang menyerap masuk ke dalam ruang kabin untuk City Hatchback ini rasa sangat kurang, sekali gus memberi keselesaan dan perasaan lebih nyaman ketika memandu. Ini harus diberi pujian!

Bagaimana pula kalau memandu di jalan biasa yang tidak rata? Itu anda perlu tunggu ulasan penuh dalam artikel akan datang memandangkan ini baru ‘teaser’ dan lagi pun pandu uji ini terlalu singkat untuk mengujinya.

Penampilan Luaran

Jentera yang dipandu uji ini adalah varian V, iaitu spesifikasi paling tinggi dalam keluarga City Hatchback 1.5 liter DOHC i-VTEC.

Dari segi rupa parasnya, memang semua sama dengan model City Hatchback RS. Cuma perbezaannya adalah bahagian aksesori.

Perbezaan yang paling ketara adalah Solid Wing hadapan dengan padanan kemasan krom berbanding hitam piano untuk versi RS.

Ia juga dilengkapi lampu utama, nyalaan lampu siang dan lampu kabus yang menggunakan LED, selain di bampar bawah hadapan tidak mempunyai kemasan ala gentian karbon seperti varian RS.

Bagi model hatchback ini, bahagian belakang adalah perbezaan paling ketara. Berbanding sedan yang mempunyai tiga bahagian, manakala dua untuk hatchback ini.

Kalau dah bentuk hatchback, ternyata ia nampak sporty sikit berbanding sedan, selain lampu LED belakangnya berbentuk tajam membawa imej yang lebih bergaya.

Ruang Dalaman Yang Luas

Biarpun ada yang menganggap model hatchback ini mempunyai ruang but yang lebih kecil. 

Namun tidak bagi City Hatchback, ini berikutan ia menggunakan ciri kerusi seperti Honda Jazz iaitu Ultra Seats yang boleh diubah dengan empat mod membabitkan Refresh, Long, Tall dan Utility.

Setakat nak masuk kotak besar ke ruang belakang itu, memang tiada masalah berbanding sedan yang mempunyai ruang bukaan pintu lebih kecil.

Pada masa sama, ruang kabin lagi nyaman apabila City Hatchback ini mempunyai corong penyaman udara untuk penumpang belakang. Tidaklah berpeluh dahulu nak tunggu ruang kabin sejuk!

Bagi penjelasan lanjut pada papan pemuka, penulis memohon maaf terlebih dahulu kerana tidak dapat berkongsi dalam artikel ini kerana Honda Malaysia tidak membenarkannya atas sebab tertentu.

Namun kalau fikir balik, betul juga apa yang dilakukan oleh Honda Malaysia, kalau semua nak cerita dan kongsikan, pada majlis pelancaran nanti tidak ada elemen mengejut kerana semua sudah tahu, betul tak?

Kesimpulan Penulis

Kesimpulan untuk pandu uji ringkas terhadap City Hatchback ini, ia sebuah kenderaan yang ‘sporty’ dan sedap dipandu, selain tidak mengorbankan keselesaan serta ruang penyimpan belakang. Nantikan ulasan kami lebih mendalam selepas diberi peluang untuk mengujinya dalam tempoh yang lama. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here