
Seorang lelaki didakwa melakukan pengubahan wang haram selepas pihak polis menemui wang tunai lebih Australia Dollar 4 juta (RM12 juta) di dalam bonet sebuah kereta di Calamvale, Queensland, Australia.
Ketika membuat rondaan kira-kira jam 5 pagi, polis Queensland menyedari seorang lelaki yang dalam keadaan mencurigakan berdiri bersebelahan sebuah kereta di Jalan Ormskirk.
Sebaik menyedari kehadiran polis, lelaki tersebut menyimpan beg pakaian ke dalam but dan ketika polis menghampirinya dia kelihatan gugup dan cuba mengelak.
Menerusi satu rakaman video yang dikongsi Polis Queensland di Twitter, menunjukkan seorang pegawai polis memeriksa beg tersebut dan mendapati sejumlah besar wang kertas di dalamnya.
Menurut polis, wang yang ditemui tersebut bernilai melebihi Australia Dollar 4 juta (RM12 juta). Suspek yang berasal dari New South Wales tersebut ditangkap dan didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram dan kegagalan untuk mematuhi Arahan Kesihatan Awam pandemik.
VIDEO
A random intercept by police netted more than $4 million in cash at Calamvale on Saturday morning with officers charging the driver with money laundering. https://t.co/e6ylD8UCb3 pic.twitter.com/IVd4uVaUza
— Queensland Police (@QldPolice) November 22, 2021
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar