#Spyshot: SUV Proton X90 dikesan jalani ujian enduran di Genting Sempah

3245

Semalam, rakan media automotif Careta.my memuat naik beberapa keping imej intip sebuah SUV misteri yang dipercayai model akan datang milik Proton.

Imej yang dimuatnaik menerusi laman Facebook Careta itu menjelaskan SUV tersebut ditemui ketika menjalani ujian enduran di Genting Sempah, Pahang. 



Boleh dilihat keseluruhan badan SUV berkenaan ditutupi dengan kamouflaj hitam/putih. Rim juga ditutupi dengan pelekat hitam bagi melindungi rekaannya.

Difahamkan SUV tersebut adalah unit ujian Geely Haoyue atau di negara lain misalnya Filipina dikenali sebagai Okavango. Apabila menjadi model rebadge Proton nanti, model itu difahamkan bakal dinamakan X90 dan dijangka akan diperkenalkan penghujung 2022.

Daripada segi profil badan, model intip itu mirip dengan Geely Haoyue dan bahagian lampu tirus juga sama dengan reka bentuk SUV 7-kerusi yang sudah dipasarkan di China itu.

Untuk makluman, debut pertama Geely Haoyue dilakukan tahun lalu yang mana menggunakan platform CV sama seperti MPV Geely Jaiji. Ia dikuasakan oleh enjin 1.5 liter turbo 3-silinder petrol iaitu janakuasa sama yang digunakan Proton X50.

Kemudian dibantu dengan sistem hibrid ringan (MHEV) 48V yang menghasilkan kuasa 190hp @ 5,5500rpm dan tork 300Nm @ 1750-4000rpm bersama transmisi 7-kelajuan DCT. 

Sistem suspensi menggunakan topang MacPherson di depan dan multilink di belakang. Di pasaran Filipina model itu didatangkan dengan dua pilihan varian iaitu Comfort dan Urban selain pilihan paparan skrin sentuh 10.25-inci atau 12.3-inci.

SUV terbesar Geely itu memiliki panjang (4,835mm), lebar (1,990) dan tinggi (1,780) serta jarak roda (2,815mm).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here