Yamaha Tracer 9 GT Sports Touring tiba di pusat jualan bermula hari ini, harga RM69k

2264

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) memperkenalkan Yamaha Tracer 9 GT Sports Touring serba baharu ke pasaran tempatan.

Model berkenaan akan mula berada di pusat jualan Yamaha bermula hari ini (25 November) dengan dua pilihan warna iaitu Icon Performance dan Redline. Harga cadangan motosikal touring berkenaan adalah RM69,498 (tidak termasuk insurans dan yuran pendaftaran).

ENJIN BAHARU



Berbanding model terdahulu, Tracer 8 GT (2021) kini lebih berkuasa, pantas dan ringan. Enjin yang dibangunkan semula menawarkan kecekapan bahan api lebih baik. Selain itu, sesaran enjin juga dipertingkatkan menjadi 889cc berbanding 847cc sebelumnya.

TAMBAH BAIK CIRI PERALATAN

Yamaha menawarkan posisi tunggangan yang boleh dilaras bagi memenuhi ketinggian penunggang yang pelbagai.

Model 2021 kini ditawarkan dengan pencahayaan lampu LED kualiti premium dengan bi-fungsi dan lampu utama LED mono. Sementara lampu LED selekoh generasi baharu menyuluh setiap sudut dengan terang untuk membantu penunggang ketika malam. 

Paparan meter LCD terdahulu digantikan dengan skrin TFT kembar 3.5-inci warna penuh yang memaparkan pelbagai maklumat motor. 

CIRI KESELAMATAN TERKINI

Demi ketenangan penunggang, kini Tracer 9 GT didatangkan dengan segudang ciri keselamatan antaranya:

  • Unit Ukuran Inersia (IMU) 6-Axis bersama bantuan sensitiviti condong 
  • Sistem Kawalan Traksi (TCS)
  • Sistem Kawalan Kruise
  • Sistem Kawalan Gelincir (SCS)
  • Sistem Kawalan Lift  (LIF)
  • Sistem Kawalan Brek  (BC)
  • Klac Assist dan Sliper
  • YCC-T kini didatangkan dengan APSG 
  • Sistem Brek Keselamatan Anti Kunci (ABS)

Selain itu, D-Mode Tracer 9 GT ditawarkan dengan empat mod berbanding tiga sebelumnya. Bahkan operasi Quickshifter kini boleh digunakan bagi anjakan naik dan turun. 

Keselesaan tunggangan diserahkan kepada suspensi elektronik KYB yang mana sistem peredam menyumbang kepada kestabilan motosikal bermula daripada pegun untuk memberikan prestasi sporty dan perjalanan selesa.

Suspensi swingarm belakang kini direka lebih panjang yang kemudian dipadankan dengan fork teleskopik di depan. Keupayaan membrek diserahkan kepada dua brek cakera hidraulik (depan) dan brek cakera hidraulik tunggal (belakang). 

Bagi 300 pelanggan terawal akan diberikan dompet kunci Royal Selangor manakala setiap pemilik baharu MT-09 akan menerima kunci mangga brek cakera. 

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here