Yayasan Universiti Malaysia Pahang (Yayasan UMP) melancarkan nombor pendaftaran kenderaan khas UC 1 hingga 9999 menjelang sambutan ulang tahun ke-20 UMP.
Bidaan nombor pendaftaran itu akan dibuka kepada orang awam menjelang Januari tahun depan selepas proses pewartaan selesai.
Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, melalui pembelian nombor pendaftaran kenderaan khas itu, Yayasan UMP dijangka memperoleh pulangan RM3.5 juta bagi fasa pertama.
“Proses bidaan akan dilakukan secara dalam talian dengan nilai bidaan bermula RM1,000 untuk nombor empat digit dan RM200,000 bagi nombor tunggal.
“Pelancaran ‘identiti UMP’ itu sebahagian usaha Yayasan UMP meningkatkan sumber pendapatan dan hasilnya nanti akan disalurkan untuk pelbagai program kebajikan bagi manfaat pelajar dan golongan memerlukan,” katanya.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar