Terbakar dua tahun lalu, akhirnya Lamborghini Aventador Raffi Ahmad kembali

3180

Sekitar 2019, Lamborghini Aventador milik Raffi Ahmad yang diubah menyerupai kereta adiwira Batman terbakar.

Kejadian yang berlaku di Sentul Selatan, Bogor, Jawa Barat itu dikatakan mengeluarkan percikan api dan terbakar secara tiba-tiba. Sehinggakan selebriti Indonesia itu bingung kerana ia berlaku secara tiba-tiba.



Nah…setelah dua tahun akhirnya supercar berkenaan kembali semula kepada pemilik asal. Aventador yang sempat terbakar itu hanya melibatkan beberapa bahagian luaran dan kabin.

Raffi Ahmad sempat mengaku rindu dengan jentera tersebut yang dikongsi menerusi akaun Youtube Rans Entertaiment. Suami kepada pelakon Nagita Slavina itu berasa kagum dengan restorasi yang dilakukan bukan saja tampil baharu bahkan berbeza. 

RESTORASI LUARAN SERBA BAHARU

Sebelum ini, Raffi melakukan penambahan komponen bagi menyerupai jentera Batman. Jadi semua komponen tersebut ditanggalkan dan dibuat baharu seperti versi asli. 

Bahagian luaran masih lagi mempertahankan warna hitam sebelumnya namun disematkan dengan kemasan merah pada beberapa bahagian luaran.

“Hitam kita kasi merah supaya api kasi kita semangat, logonya gua ganti. Dua tahun gais, ternyata gagah, keren ya gokil,” jelasnya.

Menurut pemilik bengkel Hanggar Car Servis bernama Ade Hanggar, restorasi pada bahagian luaran dilakukan secara total yang mana bahagian badan dan warna diubah.

Bagaimanapun, kabin tidak berubah banyak yang mana masih mengekalkan versi asli dan perubahan hanya pada bahagian kerusi dengan pemilihan warna merah menyala dan hitam.

KABIN KEKAL ASLI

Restorasi bahagian kerusi diserahkan kepada bengkel Hardy Classic yang memilih material Alcantara. Pemilik bengkel tersebut mengaku kalau kabin sama seperti sebelum berlakunya kebakaran.

“Tidak ada yang ditambahkan, pada papan pemuka sempat terbakarkan hari tu jadi kami buat seperti asli Lamborghini sama persis tidak ada berubah. 

“Pelana sempat hancur, kami cuba buat seperti asli agak rumit dan lama. Perincian sama seperti yang diharapkan oleh Raffi,” jelas Hardy Classic. 

Raffi bernasib baik kerana kebakaran tidak melibatkan bahagian enjin jadi pihak yang melakukan restorasi hanya perlu mengubah bahagian luaran dan dalaman. 

Selain itu, menerusi video berkenaan juga pihak restorasi meletakkan alat pemadam api yang sememangnya perlu ada bagi setiap kereta.

“Oh sekarang sudah ada ini (alat pemadam kebakaran), ini penting” ujar Raffi Ahmad.

Namun, dalam video berkenaan Raffi Ahmad tidak mendedahkan kos pelaburan restorasi supercar kesayangannya itu. 

VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here