Seperti mana kita tahu hujung minggu lalu (19-21 November) Indonesia melakar sejarah apabila Litar Mandalika menjadi lokasi pusingan akhir Kejohanan Superbike Dunia (WSBK).
Walaupun sebelum berlangsungnya acara sudah pelbagai spekulasi timbul namun ketika acara bermula aksi marsyal litar menarik perhatian netizen.
Satu video akaun TikTok @pria.tersakiti berkongsi kisah seorang marsyal sedang melakukan solat di tepi Litar Mandalika.
Pada video itu menunjukkan tiga marsyal sedang berehat di tepi pagar litar dan salah satunya sedang duduk manakala dua lagi berdiri. Perakam juga tidak menyangka ketika merekodkan video tersebut salah seorang marsyal tersebut rupanya sedang solat di bawah matahari terik.
Ketika itu tidak banyak pelumba sedang melalui litar dan sehingga kini video tersebut mendapat tontonan hingga 534,000 tontonan dan 70,000 tanda suka.
Video itu mendapat pujian daripada netizen ada antaranya menyatakan:
“Wahhh sirkuitnya diberkahi pasti nih, masyaallah.”
“Pemandangan baru nan indah di area sirkuit, JANGAN PERNAH TINGGALKAN SHOLAT.”
“Saya hindu, merinding melihatnya respect saudaraku disana salam toleransi.”
@pria.tersakiti team marshal sampai sholat ditempat demi kelancaran balapan di sirkuit Mandalika Lombok. #mandalika #mandalikacircuit #berandafyp #fyp
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar