Wanita ini terkejut kena bayar parkir RM1,054, rupanya…..

7855

Apabila kita mengunjungi pusat membeli-belah dalam tempoh sejam dua, sudah   boleh mengagak bayaran parkir jika mengikut perkiraan jam yang ditetapkan pihak pengurusan. 

Bagaimanapun, lain pula bagi kisah wanita ini. Alangkah terkejut apabila dia perlu membayar  RM1,054 untuk parkir. 



Menerusi video yang dikongsi akaun TikTok @airaazmi20 tersebut, menunjukkan tangannya memasukkan tiket ke mesin bayaran dan kemudian tertera harga yang perlu dibayar mencecah ribuan ringgit. 

Secara logiknya, lagi lama kita berada di pusat membeli belah tentunya bayaran parkir akan menjadi lebih mahal. Namun, difahamkan rupanya wanita berkenaan menyimpan tiket itu selama sebulan selepas palang parkir di pusat membeli belah itu tidak berfungsi.

Rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi dan orang ramai mempersoalkan bagaimana kereta wanita itu boleh keluar dari kawasan tersebut.

Bagaimanapun, dia menjelaskan bayaran tiket parkir tersebut hanya RM2 tetapi dia tidak menggunakan kad tersebut semasa keluar memandangkan palang di tempat letak kereta tersebut tidak berfungsi.

@airaazmi20

Reply to @nurulshafiqarosnin actually kad parking ni dh lama simpan, lama x masuk aeon dekt sebuln lbih tk pegi sne..

♬ original sound – A I R A – A I R A

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here