Jaring Pada Mulut Ekzos Jentera MotoGP, Apa Fungsinya?

3237

Pada jentera MotoGP, kelihatan ekzos yang digunakan mempunyai pelbagai rekaan sama ada di bahagian tepi atau di bawah tempat duduk.

Reka bentuknya dihasilkan dengan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) daripada pasukan masing-masing untuk menyalurkan kuasa yang maksimum bagi jentera mereka.

Jenama yang popular digunakan dalam jentera MotoGP boleh dikatakan dua, iaitu SC Project untuk Pasukan Honda, manakala Akrapovic bagi Pasukan Yamaha serta Ducati.


Sejak kebelakangan ini, pada hujung ekzos itu ditutup dengan jaring berlubang-lubang yang sebelum itu dibiarkan sahaja ‘mulutnya’ tanpa tertutup.

Namun, adakah anda tahu apakah fungsinya? Fungsinya sebenarnya tidaklah amat penting, tetapi sangat berguna bagi memastikan keselamatan pada rangkaian kuasa.

Jaring yang ditutup pada hujung ekzos itu berfungsi untuk mengelakkan batu memasuki ruang itu sekiranya penunggang terjatuh.

Buat pengetahuan anda, Pasukan Ducati adalah yang pertama meletak jaring pada hujung ekzos pada jentera mereka. Kini, beberapa pasukan lain seperti Honda dan Yamaha turut menggunakan jaring untuk sistem keselamatan itu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here