Syarikat China berminat jadikan Melaka hab pemasangan EV

969

Beberapa syarikat antarabangsa China berminat untuk menjadikan Melaka sebagai hab pemasangan kenderaan elektrik (EV) pertama negara tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, cadangan syarikat berkenaan sedang dalam perbincangan dan penelitian sebelum diputuskan dalam masa terdekat.

Gambar hiasan

“Kehadiran industri pemasangan EV di Melaka turut membawa masuk teknologi-teknologi baru. Mereka turut mencadangkan EV ini dijenamakan sebagai EV pertama kebangsaan dan saya sedang meneliti cadangan berkenaan.



“Saya akan melihat dengan lebih terperinci kawasan-kawasan industri yang sesuai dengan industri pemasangan EV yang pertama di Malaysia,” katanya. 

Melaka akan memberi keutamaan kepada industri automotif yang disifatkan sebagai salah satu industri terbesar dalam negeri ini.

Jelasnya, ia dibuktikan menerusi penglibatan syarikat Honda yang berjaya meletakkan Melaka sebagai antara negeri yang terlibat dalam bidang pemasangan automotif.

Sementara itu, Ab Rauf berkata, kerajaan negeri mahu menarik lebih ramai pelabur ke negeri ini untuk meneroka bidang aeroangkasa dan industri minyak dan gas. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here