Sejak kebelakangan ini isu kenaikan harga barangan keperluan membuatkan rakyat semakin terkesan dan terhimpit.
Begitu juga dengan alat ganti kenderaan. Terkini Utusan Malaysia melaporkan alat ganti motosikal turut mengalami peningkatan sebanyak tiga kali sejak Januari lalu pada kadar sekitar lima hingga 10 peratus.
Penjual alat ganti motor dan pemilik bengkel menjelaskan kenaikan harga tersebut paling ketara sejak Januari lalu. Penyebab kepada kenaikan tersebut kerana sekatan pergerakan yang menyumbang kepada bekalan yang terhad.
Menurut penjual alat ganti motosikal di Kota Kemuning, Nor Sherryl, penjualan alat ganti motosikal turut tidak terlepas daripada kenaikan apabila peningkatan dilaporkan berlaku menjelang hujung tahun ini atau Januari depan.
“Barang asas alat ganti sememangnya naik seperti minyak enjin, tayar, rantai, sprocket dan pelapik brek yang meningkat antara tiga hingga lapan peratus.