Perodua mohon maaf

3265

Berikutan penghantaran kenderaan rendah dengan hanya 20,299 unit November lalu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad memohon maaf berhubung perkara berkenaan yang berpunca akibat beberapa sekali gus menjejaskan pengeluaran mereka

Untuk membetulkan keadaan itu, Perodua menyasarkan sekurang-kurangnya 30,000 unit pendaftaran bagi Disember ini yang menjadi bulanan tertinggi dalam sejarahnya untuk menamatkan jualan 2021 dengan lebih 200,000 unit. 



“Kami ingin memohon maaf atas kelewatan penghantaran dan mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan atas sokongan dan kesabaran mereka, terutamanya dalam tahun yang paling mencabar setakat ini.

“Kami bekerjasama dengan ekosistem automotif untuk mengatasi isu-isu ini, seperti peningkatan kes Covid-19 serta kekurangan bekalan cip semikonduktor dan dengan langkah-langkah penyelesaian yang akan dilaksanakan, kami melihat Disember 2021 sebagai bulan terbaik kami,” katanya.

Perbandingan bulan ke bulan, jualan Perodua menurun sebanyak 27.1 peratus daripada 27,858 unit yang didaftarkan pada Oktober lalu yang menjadi bulan jualan tertinggi dalam sejarah Perodua setakat ini.

Perodua Myvi Baharu Terima Tempahan 14,600 Unit

Berhubung Myvi Baharu yang dilancarkan 18 November lalu, Zainal memaklumkan bahawa pihaknya sudah menerima 14,600 tempahan sehingga 2 Disember 2021.

“November agak perlahan dari segi pendaftaran Myvi kerana terdapat jurang penghantaran untuk model itu kerana menunggu varian terbaharu untuk dilancarkan. 

“Malah, daripada 14,600 unit yang ditempah, 7,189 tempahan ditukar daripada varian sebelumnya,” katanya.

Untuk makluman, Perodua sudah mencatatkan 42,288 unit Myvi pendaftaran antara Januari dan November tahun ini.

Bagi keseluruhan jualan, Perodua mencatatkan 167,250 unit antara Januari dan November, iaitu pengurangan sebanyak 14.2 peratus berbanding 194,980 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Perodua Sasar Jualan 240,000 Unit Pada 2022

Mengenai prospek 2022, Perodua menyasarkan sekurang-kurangnya 240,000 jualan iaitu peningkatan 20 peratus atau 40,000 unit daripada jangkaan 200,000 unit yang didaftarkan tahun ini. 

Zainal berkata, angka 240,000 itu adalah anggaran awal dan ramalan yang lebih tepat akan dikongsi pada akhir Januari 2022.

Menurutnya, berdasarkan maklumat dan ramalan semasa, pihaknya yakin boleh mencapai sasaran itu memandangkan pasaran semakin stabil, selain tempoh menunggu bakal berkurangan dengan ketara,” katanya.

Beliau turut menjangka bahawa permintaan untuk kenderaan akan memuncak dalam enam bulan pertama 2022 kerana orang ramai akan mahu mendapat manfaat daripada insentif pengecualian Cukai Jualan oleh kerajaan, manakala separuh kedua akan menyaksikan permintaan semakin perlahan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here