Bagi menghasilkan hypercar ini, masa kejuruteraan yang diambil melebih 65,000 jam persamaan 2,708 hari atau hampir 7 tahun 5 bulan.
Bayangkan berapa banyak masa yang dihabiskan untuk menyiapkan jentera one-off itu sebelum diserahkan kepada pemiliknya.
Perkara itu didedahkan dalam media sosial rasmi Bugatti yang mana beberapa keping gambar La Voiture Noire kelihatan sedang diuji di sebuah litar.
La Voiture Noire yang bermaksud Kereta Warna Hitam itu dalam bahasa Perancis dikatakan berharga € 11 juta (RM55.56 juta) dan difahamkan harga itu tidak termasuk cukai.
Jentera itu yang badan menggunakan material gentian karbon itu memiliki enjin W16. Rangkaian kuasa 8.0 liter quad turbocharged itu boleh menghasilkan 1,479hp dengan tork mencecah 1,600Nm.
Unit enjin yang digunakan adalah 8 liter empat turbo W16, sama seperti model semasa Chiron.
Binaan badan kereta itu membabitkan ukiran tangan daripada material gentian karbon dengan beberapa lubang kecil pada penutup enjin untuk memastikan haba yang terhasil boleh disalurkan keluar. Enjin ini mendiami bahagian tengah casis.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar