Di beberapa tempat di dunia, menggali saudara mara yang mati dilihat sebagai adat tradisional dengan mereka yang dikeluarkan dari kubur akan dimandikan dan kadangkala diberi pakaian baharu.
Sepertimana yang dilihat sekumpulan lelaki di Portoviejo, di wilayah Manabi Ecuador sanggup mengeluarkan mayat rakan lelaki mereka dari keranda dan membawanya menaiki motosikal buat kali terakhir sebagai ucapan selamat tinggal.
Erick Cedeno, 21, meninggal dunia hujung minggu lalu selepas dilaporkan ditembak dua penyerang ketika dalam perjalanan untuk menghadiri majlis pengebumian.
Rakaman video menunjukkan mayat Erick Cedeno dikeluarkan dari keranda kemudian mayat dinaikkan di belakang penunggang motosikal dan seorang lagi rakannya duduk di belakang Cedeno untuk memastikan badannya tidak terjatuh.
Kumpulan lelaki itu merakam sorakan dan melambaikan tangan mereka dengan teruja bersama mayat rakan mereka itu yang bersandar di belakang badan penunggang motosikal.
Selain itu, La Repubica melaporkan bahawa rakan-rakannya turut menuang minuman beralkohol di atas keranda Cedeno.
Kumpulan itu mendakwa mereka mendapat kebenaran daripada ibu bapa Cedeno untuk melakukan perbuatan tersebut, namun pihak berkuasa menyelar tindakan itu sebagai menyimpang.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar