Video: Percubaan lelaki ini buat sistem pemanduan autonomi DIY bertukar tragedi

1003

Sistem bantuan pemandu termaju (Advanced Driver Assistance Systems, ADAS) merupakan ciri yang semakin lazim di kalangan model-model baharu sehinggakan pemandu masa kini lebih bergantung sepenuhnya kepada sistem tersebut.

Secara ringkasnya Sistem Bantuan Pemandu, ADAS hanya dapat membantu pemanduan lebih lancar tetapi masih memerlukan khidmat manusia untuk mengawal pemanduan.



Namun ada yang gagal memahami ciri pemanduan ketika mengendalikan kereta yang dilengkapi dengan ADAS. Malah ada yang leka dan mengalihkan tangan daripada roda stereng ketika mengendalikan kereta.

Terdapat sebuah rakaman video, memamparkan seorang pemandu mengalami kemalangan  untuk menguji sistem autonomi. Difahamkan, dia meletak botol air plastik di celah stereng seolah-olah ada beban yang memegang stereng itu.

Berdasarkan video di bawah, dia yang merakam tindakannya tersebut sambil duduk di tempat duduk belakang dan seolah-olah rasa selamat dengan ciri keselamatan yang ditawarkan oleh sistem automasi berkenaan.

Namun, ciri keselamatan tersebut dikatakan gagal mengawal kenderaan ketika pemandu  itu leka, menyebabkan kereta terbabit terbabas ke bahu kanan jalan.

Difahamkan mereka tidak mengalami kecederaan dan lebih bernasib baik kemalangan tersebut tidak melibatkan pengguna jalan raya yang lain, namun kemungkinan pemandu tersebut berdepan tindakan undang-undang selepas video mereka tular.

Insiden tersebut adalah penunjuk pengguna jalan raya masih lagi masih lagi cetek dalam keupayaan sistem itu masih lagi tidak memberikan pemanduan autonomi sepenuhnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here