Kebiasaannya apabila berlakunya kemalangan, individu yang terbabit akan berbincang bagi mendapat jalan penyelesaian. Tetapi bagaimana pula jika pemilik kereta yang dilanggar tidak berada di tempat kejadian.
Seperti mana nasib malang bagi pemilik Chevrolet Corvette C8 apabila sebuah trak pikap Ford F-250 Super Duty melanggar dan memanjat bumbung keretanya yang sedang berada di tempat parkir.
Menerusi beberapa gambar tersebut yang dikongsi di Facebook C8 Corvette Owners (And Friends), kejadian tersebut yang dipercayai berlaku di satu kawasan tempat letak kereta di Amerika Syarikat.
Namun, apa yang menjadi persoalan adalah bagaimana kejadian tersebut berlaku. Buat masa ini, punca kejadian tidak dapat diketahui dengan tepat, malah kerosakan yang dialami Corvette C8 juga tidak dikenal pasti.
Ada yang berpendapat kemungkinan pemandu F-250 Super Duty terbabit cuba masuk atau keluar dari tempat letak kereta tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, sehingga tidak menyedari keberadaan Corvette C8 tersebut.
Bagaimanapun, jika kerosakan yang dialami Corvette C8 agak teruk, kos pembayaran atau tuntutan insurans akan diuruskan oleh individu yang melanggar itu.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar