Elak 8 tabiat ini jika tidak mahu gear manual anda cepat rosak

3471

Ya betul! Memang dah jarang pemandu di Malaysia menggunakan kotak gear manual. Maklumlah, gear manual ini agak merumitkan dan meletihkan dengan menggunakan kedua-dua kaki untuk menekan pedal minyak, brek dan klac.

Bagaimanapun, memandu kereta manual boleh memberikan kepuasan yang berbeza jika dibandingkan dengan kereta automatik. Malah, ada yang melihat golongan yang memandu kereta manual lebih ‘jantan’.



Bagaimanapun, anda perlu tahu bahawa memandu kereta manual juga memerlukan cara yang betul agar ia tahan lebih lama, biarpun secara mekanikalnya, ia lebih ringkas berbanding transmisi automatik.

Berikut adalah 8 tabiat yang perlu dielakkan atau ditinggalkan terus jika anda memandu kereta manual:

  1. Menjadikan tombol gear sebagai perehat tangan: Ini adalah antara tabiat yang sering dilakukan oleh pemandu. Tanpa anda sedari, perbuatan ini akan menyebabkan kehausan pada ‘selector fork’ yang saling bersentuhan dengan ‘rotating collar’.
  2. Gunakan klac untuk stabilkan kereta ketika berada di atas bukit: Amalan ini akan menyebabkan mekanisma gear dan klac haus dengan lebih cepat. Masukkan gear ke kedudukan neutral dan gunakan brek tangan jika anda perlu berhenti di atas bukit.
  3. Merehatkan kaki di atas pedal klac: Selain menyebabkan kehausan lebih awal pada klac, perbuatan ini juga akan menjejaskan tahap penggunaan bahan api akibat kehilangan tenaga transmisi.
  4. Menekan pedal minyak sekuat hati ketika RPM rendah: Melainkan anda sedang berlumba di litar, menekan pedal dengan kuat ketika RPM masih rendah akan memberikan tekanan kepada enjin dalam jangka masa panjang.
  5. Menggunakan gear yang salah untuk menambah kelajuan: Gear paling atas berfungsi untuk menjimatkan penggunaan bahan api dengan pemanduan secara ‘cruising’. Bagaimanapun, untuk menambah kelajuan tanpa membebankan enjin, anda perlu menukar gear satu persatu.
  6. Kekalkan gear ketika berhenti di lampu isyarat: Anda sebenarnya memberikan tekanan yang tidak perlu kepada enjin jika anda berhenti dengan gear masih dalam kedudukan selain neutral.
  7. Menukar gear tanpa menggunakan klac: Tahukah anda bahawa setiap kali pedal klac ditekan, transmisi akan dipisahkan daripada enjin. Jika anda tidak melakukan perkara ini, enjin dan transmisi pasti akan terjejas.
  8. Menekan brek dan klac serentak: Ketika membrek, adalah lebih jika anda menunggu sehingga kereta betul-betul perlahan sebelum menekan pedal untuk menukar gear yang lebih rendah. Ini boleh mengurangkan jarak berhenti (stopping distance) yang lebih pendek serta menjaga brek.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here