Pengendalian Honda City Hatchback lebih baik dari sedan. Mengapa? Ini jawapannya

2665

Kehilangan Honda Jazz mungkin agak terasa terutama buat pengemar kereta kompak di negara ini.

Anda jangan khuatir kerana Honda City Hatchback adalah penggantinya. Ia mempunyai ciri praktikaliti seakan kereta kompak itu selepas menggunakan tempat duduk berciri Kerusi Ultra.

Malah, City Hatchback itu lebih praktikaliti berbanding Jazz sebelum ini dan memberi tambahan nilai kepada pengguna.



Bagi mengetahui lebih lanjut pembikinan Honda City Hatchback, Motoqar bersama media tempatan diberi peluang menemurah Ketua Projek Honda City Generasi Kelima, Rei Sakamoto dalam talian semalam.

Menurutnya, proses membangunkan Honda City Hatchback itu dilakukan bersama-sama dengan City Sedan pada peringkat awal, cuma akibat pendemik Covid-19 pelancaran ditundakan.

“City Hatchback itu lebih ringan 7.3 kilogram (kg) berbanding City Sedan. Selain itu mempunyai ketegaran lebih enam peratus jika dibezakan dengan Honda Jazz semasa yang dijual di Malaysia.

“Bagaimanapun, ketegaran City Sedan adalah lebih tinggi berbanding Hatchback, tetapi selepas memandunya ia mempunyai prestasi ketegarannya lebih baik,” katanya.

Pengendalian Honda City Hatchback Lebih Sporty

Menurutnya, biarpun menggunakan komponen yang sama antara sedan dan hatchback, City Hatchback mempunyai tetapan yang berbeza.

“Pada masa sama, City Hatchback mempunyai susun atur tangki di tengah-tengah untuk memberi beban lebih berat di depan berbanding sedan.

“Jadi model City Hatchback ini memberi pengendalian yang aktif dan muda untuk memberi pengalaman sporty,” katanya.

Sakamoto turut memaklumkan bahawa ruang kaki tempat duduk belakang City Hatchback lebih luas berbanding sedan selepas penggunaan kerusi Ultra, selain sktrukur badannya lebih besar.

Ketika ditanya berhubung dimana berada tahap sistem hibrid yang digunakan bagi City Hatchback e-HEV itu jika mahu berbanding model Nissan Note e-Power dan Toyota Prius, Sakamoto memaklumkan ia berada di tengah-tengah pada model itu.

Pilihan Enjin Untuk Honda City Hatchback

Untuk makluman, versi hibrid City Hatchback e-HEV menggunakan enjin 1.5 I-VTEC DOHC kitaran Atkinson yang dibantu dengan dua sistem motor. Pada masa sama, ia dilengkapi dengan kotak gear E-CVT.

Ia menyalurkan 109PS Antara 3,000 sehingga 8,000rpm dengan tork setinggi 253Nm antara 0 sehingga 3,000rpm.

Selain memiliki tork yang menyamai enjin 2.5 liter NA. Ia turut jimat minyak dengan mampu mencatatkan 3.6 liter bagi 100 kilometer.

Bagi varian biasa, ia dipadankan enjin 1.5 liter i-VTEC DOHC dengan output 121PS pada 6,600rpm dengan tork mencecah 145Nm pada 4,300rpm.

Kuasa itu disalurkan ke kotak gear CVT dan tahap penggunaan bahan apinya boleh mencapai 5.6 liter bagi 100km.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here