Honda City Hatchback kini di pasaran, 4 varian, harga mula RM75k

3115

Selepas mengeluarkan video teaser Oktober lalu, akhirnya Honda Malaysia rasmi memperkenalkan Honda City Hatchback ke pasaran tempatan.

Menurut Honda Malaysia penghantaran City Hatchback akan bermula Januari depan dan pasaran tempatan ditawarkan dengan empat pilihan varian iaitu:



  • Honda City Hatchback e:HEV RS: tersedia awal 2022, harga diumumkan kemudian 
  • Honda City Hatchback V: RM87,860
  • Honda City Hatchback E: RM83,080
  • Honda City Hatchback S: RM75,670

DUA PILIHAN ENJIN

Varian tertinggi RS e:HEV dikuasakan enjin 1.5 liter Sports intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) yang menghasilkan kuasa 108hp dan tork maksimum 253Nm. Ia kemudian dipadankan dengan transmisi e-CVT.

Output berkenaan setara dengan prestasi enjin segmen D manakala gabungan enjin petrol dan motor elektrik bukan saja menyediakan kecekapan bahan api lebih baik bahkan menawarkan respons lebih pantas. 

Sementara, enjin petrol 1.5 liter DOHC i-VTEC dengan kuasa 119hp dan tork maksimum 145Nm menawarkan keseimbangan prestasi dan kecekapan penggunaan bahan bakar bersama transmisi CVT.

TAWARAN KABIN

Setiap varian menerima ciri peralatan berbeza yang mana varian tertinggi e:HEV RS ditawarkan dengan paparan meter TFT warna penuh definisi tinggi bersaiz 7-inci sementara bagi varian petrol S, E dan V didatangkan dengan dengan paparan meter iluminasi warna hijau dan putih.

Selain itu, varian e:HEV RS, V, dan E dilengkapi dengan skrin hiburan bersaiz 8-inci dengan ketersambungan Android Auto dan Apple CarPlay. Manakala varian terendah S hanya ditawarkan dengan skrin audio standard kecil.

PERBEZAAN TAWARAN MENGIKUT VARIAN

Dari segi spesifikasi tentunya model tertinggi didatangkan dengan perlengkapan penuh. Varian RS dan V ditawarkan dengan rim 16 inci berbanding dua varian terendah yang didatangkan dengan rim 15-inci.

Selain kemasan RS pada luaran dan kabin, varian e:HEV RS  turut didatangkan dengan Honda Sensing dan Honda Connect.

Berikut tawaran spesifikasi mengikut varian:

PILIHAN WARNA

Honda City Hatchback e:HEV RS didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu:

  • Ignited Red Metallic (warna baharu)
  • Platinum White Pearl
  • Meteroid Gray Metallic (warna baharu)

Manakala varian petrol V, E dan S ditawarkan dengan lima pilihan warna iaitu:

  • Ignited Red Metallic (warna baharu)
  • Platinum White Pearl
  • Lunar Silver Metallic
  • Meteroid Gray Metallic (warna baharu)
  • Crystal Black Pearl 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here