Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memberikan diskaun saman sehingga 80%, bersempena dengan sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menawarkan pengurangan bayaran saman dengan memberikan diskaun sehingga 80% bagi saman dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja. Manakala selain daripada itu, ditawarkan diskaun sehingga 70%.
Kaunter pengurangan bayaran saman yang akan dibuka di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 9 Disember hingga 12 Disember 2021 bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.
Tawaran saman ini sah di lokasi dan tarikh yang dinyatakan seperti di atas serta tertakluk pada terma dan syarat. Semua saman layak mendapat pengurangan KECUALI:
- Saman Kemalangan Tahun 2021
- Saman Berstatus NC (Non-Compoundable)
- Saman Berstatus Bicara Mahkamah
- Saman Berkait Kenderaan Lori
- Saman Kesalahan Potong Secara Berbahaya / Potong ‘Q’ Tahun 2021
- Saman Kesalahan Menggunakan Lorong Keceasan Tahun 2021
- Saman Kesalahan Melanggar Lampu Isyarat Merah Tahun 2021
- Saman Kesalahan Potong Garisan Berkembar Tahun 2021
- Saman Kesalahan Pengubahsuaian Ekzos Kenderaan
Manakala, JPJ juga turut menawarkan diskaun 80% pengurangan kadar kompaun saman yang boleh dikompaun, kecuali kes mahkamah yang berstatus waran tangkap atau perbicaraan.
Orang ramai boleh mengunjungi kaunter JPJ (Booth No.15 – Kementerian Pengangkutan Malaysia) di Hall 1 & 4, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 9 – 12 Disember 2021 dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam.
Orang ramai jangan lepaskan peluang keemasan ini, untuk menjelaskan saman-saman mereka yang tertunggak. Semoga warga Malaysia memperoleh manfaat daripada pengurangan saman ini.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar