Selepas sebulan membuat penampilan sulungnya di Eropah, Toyota Aygo X mula dibuka untuk tempahan di pasaran United Kingdom (UK) dan penghantaran pertama dijangka pada musim bunga 2022.
Model kompak crossover ini direka dan dikeluarkan di Eropah, sesuai digunakan di dalam bandar dan di luar bandar dengan penggunaan bahan api yang rendah, teknologi canggih dan reka bentuk yang menarik.
Berikut senarai harga model berkenaan yang didatangkan dengan jaminan 10 tahun atau 100,000km dan boleh didapati dalam empat tahap kemasan iaitu Pure, Edge, Exclusive, and Limited Edition:
- Toyota Aygo X Pure – Pound sterling 14,795 (RM82,216)
- Toyota Aygo X Edge – Pound sterling 16,495 (RM91,663)
- Toyota Aygo X Exclusive – Pound sterling 17,715 (RM98,443)
- Toyota Aygo X Edisi Terhad – Pound sterling 19,640 (RM109,140)
Aygo X hanya menawarkan satu sahaja pilihan enjin iaitu enjin 1.0-liter tiga silinder yang menghasilkan 72hp dan Tork 93Nm dengan pelepasan CO2 sebanyak 107 g/km. Manakala transmisi hadir dengan dua pilihan, sama ada CVT dan manual 5-kelajuan.
Ciri-ciri yang ditawarkan juga bergantung kepada spesifikasi, namun sistem Toyota Safety Sense akan dilengkapi sebagai ciri utama seperti sistem perlanggaran depan, kamera monokular dan radar gelombang milimeter, pengesanan pejalan kaki, pengesanan basikal, kawalan pelayaran adaptif pintar dan bantuan pengesan lorong.
Selain itu, banyak ciri baharu yang akan meningkatkan keseronokan pemanduan dengan skrin sentuh beresolusi tinggi 7-9 inci, sistem multimedia terbaharu Toyota membolehkan integrasi telefon pintar bagi Android Auto dan Apple CarPlay dengan sambungan berwayar dan tanpa wayar.
Dari segi warna, barisan dua-tona warna menghiasi model ini Cardamom (hijau olive), Chilli (merah), Ginger (beige) dan Juniper (biru) yang digandingkan dengan penyudah perincian hitam serta penggunaan saiz rim 17-18 inci bergantung kepada spesifikasi.
GALERI
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar