PDRM kutip saman RM13.6 juta dalam tempoh 24 jam

1205

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengutip kira-kira RM13.6 juta dalam tempoh 24 jam pelaksanaan tawaran diskaun saman sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang diadakan sejak Khamis.

gambar hiasan

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, jumlah berkenaan melibatkan pembayaran saman sebanyak 287,500 di semua saluran termasuk di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan kaunter trafik seluruh negara.

“Sejumlah 74,312 saman membabitkan nilai RM3.4 juta pula berjaya dikutip melalui aplikasi dan portal MyBayar Saman,” katanya. 



Orang ramai boleh menggunakan aplikasi Mybayar Saman untuk membayar tunggakan saman secara dalam talian dan kaunter pembayaran saman di KLCC sudah ditutup.

Bagaimanapun, pembayaran saman boleh dilakukan di kaunter trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dari jam 8.30 pagi hingga 5 petang.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here