Mungkin apabila kita melihat geng motosikal melalui lebuh raya dan menyelit antara kenderaan bakal menimbulkan perasaan tidak senang mahupun geram.
Namun, dalam setandan pisang tidak semua yang rosak. Ini kerana apabila berlakunya kesusahan terutamanya di jalan raya, geng motor ini juga yang akan menghulurkan bantuan.
Bahkan mungkin selepas anda melihat perkongsian video daripada akaun Facebook Paradise Generation bakal mengubah persepsi anda.
Menerusi video berdurasi 1 minit itu menunjukkan kira-kira 11 orang penunggang motosikal membantu menolak Perodua Kancil yang terbabas ke dalam longkang.
Boleh dilihat kerjasama dalam kalangan rider tersebut memudahkan tugas menolak keluar kereta tersebut tanpa perlu meminta pertolongan trak tunda.
Tindakan itu mendapat pujian orang ramai antaranya:
“Ni la yg dipanggil mat rempit,ejos bising tu kan…depa ni la dok bantu bila eksiden, takdenya golongan kayangan educated yang pi tolong.”
“Ramai ja mat² moto tolong pengguna jalan raya. Tapi tak rakam, cuma org ja yg rakam mat moto belumba sambil mengutok dan menghina kan.. lepas ni kalau nak tolong kena ada sorang rakam biar tunjuk mat moto yang sampah ni la banyak tolong kat highway.”
“Helmet kuning tu buat² tolong ke.”
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar