Pemain Forza Motorsport diboikot 8,000 tahun, gara-gara letak gambar Kim Jong-un

2061

Pencipta permainan video popular, Forza Motorsport melarang seorang peserta menyertai permainan Forza Horizon 5 selepas menggunakan imej pemimpin Korea Utara Kim Jong-un bersama logo KFC pada jenteranya. 

Pemain tersebut menggantikan gambar asal ‘Kolonel Sanders’ pada logo KFC kepada imej Kim Jong-un yang dikatakan mempersenda pemimpin Korea itu. 



Larangan tersebut disahkan selepas pemain tersebut mendapat mesej daripada Pasukan Komuniti Forza menyatakan dia dilarang bermain selama 8,000 tahun sehingga 31 Disember 9999.

Dia juga turut menambah tanda pagar #SendNukes, menggantikan jenama Pirelli kepada Pyongyang dan menukar jenama Nike dan New Balance kepada Nuke dan Nuke Balance. 

Perkara tersebut dimuat naik menerusi aplikasi Reddit oleh pemilik akaun @AllThingsRacing, menyebabkan pemain-pemain lain tidak berpuas hati atas sebab larangan yang tidak jelas. 

Justeru itu, pemain-pemain lain enggan mengubah dekorasi  kereta mereka selama-lamanya kerana sebelum ini tiada syarat yang melarang menggunakan ikon tokoh popular mahupun jenama lain. 

Difahamkan lelaki tersebut memilih ikon Korea Utara itu sebagai dekorasi keretanya kerana Kim Jong-un merupakan peminat tegar KFC dan ingin membuka cawangan di negaranya. 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here