Selain bermain bola sepak, David Beckham juga adalah seorang yang berminat dalam dunia automotif. Seperti yang anda tahu, beliau turut memiliki beberapa kenderaan mewah dan berprestasi.
Justeru itu, beliau selaku duta kepada Maserati dengan bersama-sama untuk mereka MC20 Fuoriserie Edition untuk bintang bola sepak berkenaan.
Bagi merealisasi mencipta jentera itu, Beckham dibantu oleh Maserati Centro Stile dan ia sebahagian daripada projek Fuoriserie yang menawarkan program tempahan khas kepada pelanggan untuk kenderaan mereka.
Jentera itu boleh dianggapkan sebagai kanvas kosong yang mana pelanggannya boleh melakukan apa sahaja untuk memenuhi cita rasa mereka.
Bagi model MC20 Fuoriserie Edition milik Beckham pula, bintang bola sepak itu memilih warna hitam dan mewah jambu. Warna itu dipilih sempena warna pasukan bola yang disertainya iaitu Miami FC.
Warna badan menampilkan hitam berkilat yang berbeza dengan logo Trident pada gril dan pada tiang C, manakala lencana MC20 pada pintu berwarna merah jambu, begitu juga kaliper brek Brembo.
Bahagian dalam, ia dihiasi dengan kulit Alcantara berwarna hitam dengan jahitan kontras dalam merah jambu. Tempat duduk mempunyai ukiran laser dan perehat kepala menampilkan sulaman merah jambu tiga dimensi.
Akhir sekali, konsul tengah antara dua tempat duduk diletak papan nama diperibadikan “For David” dengan kesan aluminium.
David Beckham berkata, beliau sentiasa menjadi peminat kereta, jadi untuk menjadi sebahagian daripada mereka bentuk dan mencipta MC20 miliknya adalah pengalaman yang menakjubkan.
“Kereta adalah mengenai cita rasa individu masing-masing, sama ada model kenderaan, warna atau butiran peribadi kecil di bahagian dalam.
“Sungguh luar biasa untuk bekerjasama dengan pasukan dan pereka Maserati untuk mencipta kereta ‘one-off’ ini dengan inspirasi rumah kedua saya, Miami dan kelab bola sepak saya di sini,” katanya.