Sejak bulan lalu, penduduk Vietnam yang menggunakan perkhidmatan MRT begitu sedikit kira-kira 12,000 sehari atau bersamaan 60 penumpang setiap satu perjalanan.
Menurut laporan media tempatan, hanya lapan peratus penduduk di Hanoi menggunakan perkhidmatan tersebut sejak dilancarkan.
Seharusnya perkhidmatan pengangkutan awam itu mampu membawa sejuta penumpang sehari bagi mengurangkan kesesakan trafik. Laluan sepanjang 13km dengan 12 stesen dari utara Hanoi ke selatan Ha Dong itu mengambil masa perjalanan selama 24 minit.
Situasi tersebut mencetuskan kegusaran pihak berkuasa Hanoi kerana menelan belanja yang banyak melibatkan AS552.8 juta (RM2.3 bilion) dan mengambil masa selama 10 tahun untuk disiapkan akibat beberapa kali penangguhan.
Perkhidmatan tersebut diboikot oleh rakyat Vietnam kerana China menjadi penyumbang utama kepada pembinaannya. Kebanyakan masyarakat berharap projek mega akan datang di negara ini tidak dilaksanakan dengan kerjasama China, sebaliknya memilih Jepun berdasarkan keupayaan tekonologinya.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar