RFID adalah satu sistem pembayaran tol secara elektronik baru yang menggunakan pelekat untuk memudahkan akses tol, yang akan dilaksanakan secara berperingkat bermula tahun depan.
Untuk pengetahuan, RFID adalah sistem yang lebih maju berbanding SmartTAG dan juga Touch ‘n Go (TnG) yang mana menggunakan sistem frekuensi radio untuk membaca tag RFID pada jarak yang lebih jauh, maka ia akan memudahkan lagi pembayaran di tol.
Caj tol akan ditolak menerusi aplikasi TnG e Wallet. Namun, buat masa ini pendaftaran RFID ditawarkan untuk kenderaan persendirian dan trak pikap (kenderaan kelas 1).
Bagaimana untuk anda dapatkan tag RFID, mudah saja sila ikuti panduan di bawah:
Cara daftar Touch ‘n Go eWallet
Sebelum mendaftar RFID, daftar akaun TnG e Wallet terlebih dahulu. Berikut cara mendaftar TnG e Wallet:
- Perlu muat turun aplikasi TnG e Wallet dari Google Play Store atau Apple App Store dan daftarkan akaun anda.
- Hanya satu ID sah (Mykad / Tentera / Pasport) untuk setiap akaun TnG e Wallet dan setiap akaun hanya dibenarkan didaftarkan kepada satu nombor mudah alih yang unik.
- Isikan maklumat dan butiran diri anda dengan lengkap.
- Anda akan menerima kod pengesahan untuk verifikasi.
- Setelah berdaftar, anda kini boleh menggunakan TNG eWallet
Cara daftar RFID
Ada dua cara mendaftar RFID sama ada menggunakan aplikasi TnG e Wallet atau portal pendaftaran TNG RFID dengan cara yang sama.
Berikut adalah cara-cara pendaftaran atau memohon RFID:
- Buka aplikasi TNG e Wallet yang telah dimuat turun atau portal pendaftaran TNG RFID dengan menggunakan TnG e Wallet dan pin 6-digit untuk daftar masuk.
2. Klik ikon ‘Toll’ yang disediakan di menu utama, kemudian pilih RFID.
3. Beberapa maklumat melibatkan kenderaan diperlukan seperti model kenderaan, nombor pendaftaran, tahun keluaran, dan maklumat tersebut boleh didapati pada geran atau insurans kenderaan.
4. Selasai isi maklumat yang diperlukan, anda boleh memilih sejumlah tag RFIG yang ingin dibeli, jika mempunyai lebih daripada satu kenderaan boleh juga mendaftarkan TnG RFID untuk kenderaan lain.
5. Buat masa sekarang TnG e Wallet menawarkan harga promosi dengan potongan RM10 dan boleh dapatkan RFID pada harga serendah RM25 berbanding harga biasa RM35.
6. Selesai, tempahan akan diproses dan pelekat akan terus dihantar ke rumah anda.
Cara aktifkan RFID TAG
- Selepas menerima tempahan, apa yang perlu dilakukan adalah mengaktifkan sistem ini melalui aplikasi TnG dan klik butang ‘ACTIVATE RFID TAG’ yang dipaparkan di skrin.
- Isikan maklumat yang diperlukan selengkapnya.
- Nombor tag sebanyak 24 digit dimasukkan ataupun boleh juga scan pada pakej tempahan.
- Sila buat pengesahan dan verifikasi. Selesai, boleh sudah boleh gunakan RFID di laluan tol.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan membantu orang ramai.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar