Siapa spiderman tanpa bangunan, Hyundai manfaatkan spiderman mempromosikan Ionic 5

1248

Hyundai memanfaatkan peminat spiderman seluruh dunia dengan tayangan terbaru “No Way Home” untuk mempromosikan crossover elektrik, Ioniq 5 yang merupakan model pertama di bawah sub-jenama elektrik Ioniq baharu.

Sebuah iklan berdurasi satu minit 32 saat memamparkan bintang utama filem spiderman iaitu Tom Holland bersama rakannya Ned (Jacob Batalon) yang bertajuk “Spider-Man: No Way Home | Only Way Home | IONIQ 5 | Hyundai” yang dimuat naik di saluran rasmi Hyundai Amerika Syarikat.



Namun iklan tersebut adalah hasil kerjasama Hyundai dan Sony Pictures Entertainment,  akan disiarkan 30 saat di TV di A.S., Eropah, China, Rusia dan pasaran lain sehingga Januari 2022.

Berdasarkan secara ringkas iklan tersebut, dimana Spider-Man yang berada di lokasi terpencil dan tidak mempunyai bangunan pencakar langit. Seperti diketahui, spider-Man mempunyai kebolehan seperti labah-labah termasuk kekuatan luar biasa dan keupayaan untuk berpaut dan bergayut khususnya bangunan sebagai kemudahan untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Namun, kawan baiknya Ned (Jacob Batalon) menjemputnya dalam Ioniq 5 dan kedua-duanya menuju perjalanan balik ke New York City. Motif utama menerusi iklan tersebut adalah untuk memprosikan Ioniq 5, dan siapalah spiderman tanpa bangunan.

Jadi Hyundai Ioniq 5 menjadi pilihan, merupakan model pertama dalam keluarga IONIQ (jenama khusus) dan model Hyundai pertama menggunakan platform khas Electric-Global Modular Platform.

Ioniq 5 merupakan EV terkini di pasaran AS dan salah satu yang paling murah tersedia bergantung dengan pilihan varian yang bermula pada harga USD32,200 (RM135,835). Dari segi teknologi, IONIQ 5 ditawarkan dengan tiga jenis pilihan bateri dan pemanduan seperti berikut:

  • 58kWh RWD, jarak pemanduan sehingga 386 km.
  • 73kWh RWD, jarak pemanduan sehingga 482.8 km.
  • 73kWh AWD, jarak pemanduan sehingga 461.8 km.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here