Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), pengedar tunggal and pemasang kenderaan Nissan di Malaysia bersama Tan Chong Ekspres Auto Servis (TCEAS) menjalankan kempen panggilan balik sukarela untuk pelanggan model Nissan.
Kempen itu membabitkan varian Nissan X-Trail 2.0L Hibrid untuk meningkatkan kualiti abah-abah ruang enjin yang kemungkinan mengalami kerosakan yang menyebabkan ganguan pada rangkaian kuasa hibrid.
Namun bagi model Nissan X-Trail 2.0L Hibrid (kod model T32) yang dipanggil balik itu hanya melibatkan model keluaran Jun 2018 hingga Mei 2021 sahaja. Semua bahagian kerja dan peningkatan untuk kempen ini tidak akan dikenakan sebarang kos kepada pemilik.
Semua pelanggan varian Nissan X-Trail 2.0L Hibrid yang terlibat akan diberitahu menerusi surat atau SMS/Whatsapp daripada TCEAS. Mereka yang menerima surat itu dinasihatkan supaya menghubungi cawangan TCEAS terdekat untuk mendapatkan temu janji.
Cawangan TCEAS yang terpilih juga telah melanjutkan tempoh operasi mereka dan kini ia dibuka 365 hari. Ini sekali gus memudahkan pelanggan untuk menyelenggara kenderaan pada hujung minggu serta cuti umum.
ETCM dan TCEAS amat kesal atas sebarang kesulitan yang timbul. ETCM dan TCEAS juga komited untuk memastikan keselamatan, perkhidmatan dan kepuasan pelanggan berada pada tahap tertinggi yang menjadi keutamaan kepada Syarikat.
Pelanggan boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di talian Tol Percuma: 1800-88-3838.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar