Pendaftaran program MyLESEN GDL 2.0 dibuka, tawar 700 peluang pekerjaan

2176

Pendaftaran program MyLESEN Goods Driving License 2.0 (GDL 2.0) ini dibuka sehingga 31 Disember 2021, yang menawarkan 700 peluang pekerjaan bagi warga Malaysia yang berkelayakkan.

Program ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Pelan Induk Logistik & Fasilitasi Perdagangan (Masterplan) dan Dasar Pengangkutan Negara (DPN) 2019-2030 adalah untuk mengatasi masalah kekurangan pemandu kenderaan perdagangan dalam industri logistik.



Setiap calon mestilah mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik dan penyertaan calon adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan. Pemandu perdagangan atau pemandu lori turut digalakkan untuk menyertai program berkenaan.

SYARAT KELAYAKAN

Hanya pemohon yang memenuhi syarat kelayakan berikut sahaja akan dipertimbangkan, dan pendaftaran adalah terhad kepada permohonan yang terawal sahaja.

  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki lesen kelas D atau E lesen Memandu Kompeten (CDL)
  • Berumur 21 tahun ke atas
  • Calon tiada dalam senarai hitam sama ada oleh pihak Mahkamah, JPJ atau PDRM
  • Calon mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik
  • Penyertaan calon adalah tertakluk terma dan syarat yang ditetapkan

CARA MOHON

Sekiranya anda berminat untuk sertai program yang ditawarkan, anda boleh buat permohonan dengan mengisi borang permohonan online yang disediakan di bawah:

Borang Penyertaan Peserta Program Pembangunan Pemandu Kenderaan Perdagangan GDL 2.0 (MyLesen GDL 2.0) Tahun 2021

Peserta program ini akan diberikan elaun RM500 secara one-off (pembayaran untuk sekali) ketika tempoh latihan dijalankan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here