Mercedes-Benz Malaysia tawar diskaun 30 peratus kos alat ganti kepada pemilik terjejas akibat banjir

690

Mercedes-Benz Malaysia menawarkan program bantuan banjir bagi membantu semua pelanggan yang terjejas akibat banjir baru-baru ini di seluruh negara.

Program itu sah sehingga 31 Januari 2022 dengan menawarkan membabitkan:

  • Diskaun sehingga 30 peratus untuk pembaikan semua alat ganti
  • Tunda kenderaan percuma oleh pengedar sah
  • Penilaian percuma semua kos pembaikan yang diperlukan
  • Pelan pembayaran mudah tanpa faedah 0 peratus.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia, Sagree Sardien berkata, keselamatan pelanggan adalah keutamaan pihaknya.



“Bersama rangkaian pengedar, kami komited untuk memastikan pelanggan dan kereta Mercedes-Benz mereka mendapat penjagaan yang diperlukan dalam masa yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya.

Pemilik Mercedes-Benz yang terjejas boleh menghubungi pengedar Mercedes-Benz sah  atau Pusat Bantuan Tepi Jalan Dan Khidmat Pelanggan Mercedes-Benz 24 Jam di 1-800-88-1133.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here