Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) sudah cuba menggunakan helikopter bagi menyelamatkan mangsa banjir di Sri Muda, Shah Alam, namun pendekatan itu didapati terlalu berbahaya.
Penguasa Kanan Bomba II Pangkalan Udara Wilayah Tengah, Wahyudi Sayuhti berkata pihaknya cuba menggunakan kaedah winching untuk mengeluarkan mangsa, tetapi angin kipas helikopter mengakibatkan bumbung rumah tercabut.
“Baru-baru ini kita gunakan kaedah ‘winching’ di Karak dan Bentong.
“Tapi apabila kami gunakan kaedah sama di Sri Muda, kami dapati atap-atap rumah tertanggal dan membahayakan penduduk,” ujarnya.
Tambahnya, keadaan rumah yang terlalu rapat juga menyukarkan pihak bomba menggunakan kaedah winching dalam operasi tersebut dan penggunaan bot lebih selamat.
“Ia (penyelamatan menggunakan helikopter) bergantung pada keadaan semasa dan bentuk bangunan, kalau gunakan di kawasan beratap zink lebih bahaya,” katanya.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar