Volkswagen Malaysia bantu pelanggan terjejas banjir, tawar diskaun 30 peratus kos baik pulih

753

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) membantu pemilik yang terjejas akibat tragedi banjir baru-baru ini dengan menawarkan potongan 30 peratus alat ganti dan buruh untuk kerja-kerja pembaikan.

Ia boleh didapati bermula hari ini  sehingga 28 Februari 2022 di semua pusat servis sah Volkswagen.

Untuk meringankan lagi beban kewangan yang mungkin dihadapi, terdapat juga pelan pembayaran yang mudah di mana pemilik mempunyai pilihan untuk membayar kos secara berperingkat selama enam atau 12 bulan pada kadar faedah 0% (Tertakluk pada Terma dan Syarat).



Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata,  pihaknya di VPCM amat sedih dengan banjir kilat yang melanda Malaysia pada hujung minggu lalu.

“Fikiran kami adalah pelanggan yang terjejas dengan menghadapi kerugian dan kerosakan. Kami berharap bantuan kami dapat membantu meringankan beban pemilik ketika masa sukar ini,” katanya.

Pemilik digalakkan untuk memuat turun aplikasi Volkswagen Cares baharu (Apple App Store/Google Play Store) untuk menebus baucar sokongan bantuan banjir. Tertakluk kepada terma dan syarat, jadi sila hubungi pusat servis sah terdekat untuk maklumat lanjut.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here