Sebuah objek misteri yang dipercayai menyerupai sebuah kereta kebal tentera dijumpai terapung di Laut Natuna, Indonesia, bukan sahaja mendapat perhatian media tempatan bahkan antarabangsa.
Pada awalnya, foto itu diambil oleh pekerja pelantar minyak di Laut Natuna, Indonesia yang terletak bersebelahan Laut China Selatan, kemudian ia tular di media sosial.
Jika diperhatikan pada imej tersebut bentuk objek itu seperti sebuah kereta kebal dengan turet dan meriam. Walaupun beberapa bahagian sudah berkarat namun sebahagian peralatan luarannya dilihat berada dalam keadaan baik.
Difahamkan sebuah kapal kendalian sauh OPS Astrid cuba mendekati objek terapung itu, tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana keadaan air bergelora.
Difahamkan, Tentera Nasional Indonesia– Angkatan Laut (TNI AL) telah mengesahkan objek yang menyerupai sebuah kereta kebal tersebut tidak berbahaya. Objek tersebut merupakan milik sebuah syarikat minyak dan gas tempatan, Star Energy yang hanyut dari pelantar berkenaan.
Bagaimanapun, asal usul objek yang menyerupai kereta kebal itu tidak dapat diketahui. Malah proses pencarian objek tersebut masih berjalan.
Ditemukan Benda Mirip Tank di Perairan Natuna, Ini Penjelasan TNI AL https://t.co/uiOxhj7GnL #beritajogja #jogja #jogjaistimewa pic.twitter.com/GFpMFIgEKM
— Harian Jogja (@Harian_Jogja) December 18, 2021
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar