Kenderaan Mitsubishi yang rosak banjir – Tawaran diskaun 30% alat ganti, 50% kos buruh dan tunda percuma

1079

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan program bantuan banjir untuk pemilik Mitsubishi di Kuala Lumpur, Selangor, dan Pahang yang terjejas akibat banjir baru-baru ini akibat hujan berterusan.

Jesteru itu, MMM menawarkan diskaun 30 peratus untuk alat ganti tulen dan diskaun 50 peratus untuk kos buruh mulai hari ini hingga 20 Januari 2022 untuk kenderaan yang rosak akibat banjir.

Selain itu, Mitsubishi Motors juga akan menyokong pemilik dengan menawarkan perkhidmatan tunda percuma.



Apa yang pelanggan perlu lakukan ialah menghubungi talian penjagaan pelanggan 24Jam Mitsubishi Assist (MA24) di 1-800-88-2166 untuk meminta perkhidmatan ini.

Pemilik Mitsubishi yang menguruskan tunda kenderaan mereka, tanpa bantuan MA24 dan perlindungan insurans juga berhak mendapat rebat sehingga RM300.

Apa yang perlu dilakukan oleh pelanggan ialah membuat laporan polis dan kemudian menunda kenderaan yang terjejas ke pusat servis Mitsubishi Motors berhampiran.

Program bantuan banjir Mitsubishi ditawarkan untuk kenderaan yang dibeli daripada pengedar sah Mitsubishi Motors. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian Perkhidmatan Pelanggan kami di 1-800-18-8161.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here