Ketika beberapa kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur dilanda banjir ramai individu yang datang membantu bagi menyelamatkan mangsa yang terperangkap.
Semangat tolong menolong dalam kalangan rakyat itu mencetuskan tanda pagar #rakyatbanturakyat dalam media sosial. Salah seorang individu yang terawal datang membantu seorang pemuda yang datang dari Melaka.
Abang Azwan ni datang dari Melaka bawak bot dia turun bagi bantuan dekat Shah Alam pagi tadi lepastu dia turun backup Puchong, and sekarang dia nak ke Sri Muda pulak untuk bantu mangsa disana.#unsunghero #rakyatjagarakyat pic.twitter.com/S2G54WA6CH
— Cheng 🏴 (@KulupKudin) December 19, 2021
Bahkan, jika anda melihat semula jejak digital banjir yang lalu, foto lelaki tersebut yang memaki baju merah berdiri di depan kereta Perodua Vivanya tular di media sosial.
Kapsyen imej tersebut ringkas yang menyatakan, “Abang Azwan ni datang dari Melaka bawak bot dia turun bagi bantuan dekat Shah Alam pagi tadi lepastu dia turun backup Puchong, and sekarang dia nak ke Sri Muda pulak untuk bantu mangsa disana.”
Dia hanya datang seorang diri membawa bot persendirian dan kisahnya menyentuh hati ramai rakyat Malaysia dan digelar sebagai unsung hero. Menerusi video perkongsian salah satu video Abang Azwan begitu merendah diri walaupun diketahui dirinya sudah tular.
Selain itu, perkongsian Facebook Dr. Abdel Rahmanov menjelaskan nama sebenar Abang Viva berkenaan ialah Azwan Omar.