Ducati Malaysia ingin memastikan pemilik-pemilik motosikal yang terbabit dengan insiden banjir di beberapa negeri baru-baru ini mendapat layanan yang sepatutnya.
Menerusi satu makluman yang dimuat naik di Facebook, Ducati Malaysia, mereka menawarkan pemeriksaan menyeluruh secara percuma untuk pemilik motosikal Ducati yang terjejas akibat banjir.
Pemilik Ducati yang terjejas oleh banjir baru-baru ini boleh menghubungi Ducati Malaysia atau mengemukakan janji temu servis di cawangan yang berhampiran.
Selain itu, bagi pemilik Ducati yang terjejas yang inginkan tambahan aksesori dan alat ganti juga ditawarkan dengan diskaun 20 peratus.
“Marilah kita mengharungi masa sukar ini bersama-sama, Ducatisti.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar