
Jika disoal siapakah individu popular sebelum tahun 2021 menutup tirai, kami pasti ramai akan menjawab Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar.
Kisah perjalanan pemuda berusia 29 tahun itu menitip di bibir rakyat Malaysia apabila usahanya membantu mangsa banjir tular di media sosial dengan hanya berbekalkan RM50, sebuah bot dan Perodua Viva.
@_rizz._ Reply to @se7en77777 ADUH MMG DIA XTAU APA TENTANG TIKTOK @abangvivaofficial #abangviva #abangvivaviral👍
Selepas menghulurkan bantuan, Abang Viva bergerak solo pula ke Pahang bagi membantu mangsa banjir di sana. Bahkan kisah tentang dirinya masih belum banyak diketahui oleh kita sehinggalah Gempak berpeluang menemubual Azwan.
Siapa sangka rupanya Perodua Viva yang digunakan bukanlah kenderaan miliknya yang mana dia mengakui hanya memiliki sebuah motor.
“Viva ini asalnya kakak saya punya, kemudian dia beri ayah saya pakai. Saya cuma ada motor sahaja.
“Cuma sewaktu nak datang tolong mangsa banjir, saya cakap pada ayah nak pinjam kereta untuk misi ini. Viva ini kiranya kereta keluarga dan saya memang pakai selalu,” katanya.

Selain itu, Azman yang bekerja sebagai operator mesin juga menjelaskan bot angin yang digunakan membantu mangsa banjir baru dibeli dua bulan.
“Saya sebelum ini pakai bot fiber, 10 kaki. Saya jual sebab agak besar dan berat. Saya kemudian beli bot angin ini dengan harga RM2,000. Enjin bot pun bukan saya punya. Ini enjin kawan, seorang hamba Allah ini bagi pinjam enjin dia sampai sekarang,” ujarnya.
Dia yang masih bujang juga memberitahu wang RM50 yang dibawa ketika membantu mangsa banjir di Selangor bukanlah wang akhir yang dimilikinya.
Katanya dia ada duit kecemasan lain cuma ketika ingin memberi bantuan banjir Azman menunggu hari gaji pada 27 haribulan.
“Jadi dengan RM50 saya tawakal redah sementara tunggu dapat gaji,” ucapnya.

Selain itu, ketika wartawan Gempak mempersoalkan perancangannya sama ada ingin menambah bot, Azman memberitahu dia memiliki niat tersebut bagaimanapun hanya akan menggunakan duit sendiri bukannya sumbangan.
“Duit yang ada ini amanah orang, saya tak boleh guna untuk diri sendiri. Bila saya tambah bot, banjir bukan selamanya, jadi kalau tambah macam untuk kepentingan diri.
Betul, ada bot besar memang boleh selamatkan lebih banyak orang. Kalau saya nak, saya akan kumpul duit sendiri,” jelasnya.
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar